Pages

Terima Kasih kerana mengunjungi Blog Pss As-Syafie..

Monday 26 August 2019

Tahniah ! 3 Anugerah di peroleh SK Binjai Sempena Hari Anugerah Pembestarian Sekolah Negeri Terengganu 2019

Tahniah PSS AS-SYAFIE SK BINJAI
Sebanyak 3 Anugerah di peroleh sempena Hari Anugerah Pembestarian Sekolah Negeri Terengganu 2019

- Ikon Pengacara Terbaik Negeri Terengganu ( Adik Nur Alia Qhadeeja )
- Ikon GPM Terbaik Negeri Terengganu ( Cikgu Roslina bt Embong)
- Tempat ke-3 Tv Pss Sekolah Rendah ( My LB Channel )






Saturday 24 August 2019

EPISOD 281- PROGRAM SOLAT HAJAT PERDANA UPSR 2019

Alhamdulillah, selesai Majlis Solat Hajat Perdana UPSR SK BINJAI 2019. Dengan iringan doa ibu bapa, guru guru dan seluruh warga SK Binjai, semoga anak anak ini berjaya dalam UPSR nanti. Sama sama kita doakan. Ikuti liputan sepanjang program yang disediakan oleh kru My Lb Channel
adik Ahmad Akhtar Iman Asmadi, 11 tahun.

Saturday 17 August 2019

EPISOD 280- PENCALONAN TV PSS MY LB CHANNEL - TV PSS TERBAIK TERENGGANU ...

Tv Pss My Lb Channel turut menghantar penyertaan bagi calon tv pss terbaik negeri Terengganu 2019. Bermula September 2016 hingga kini My Lb Channel terus bergiat aktif dalam menghasilkan video dari peringkat sekolah hinggalah liputan di peringkat antarabangsa. Tonton video ini dan jangan lupa like sebagai tanda sokongan anda kepada kemenjadian murid Tv Pss Negeri Terengganu.

EPISOD 279- PENCALONAN AISYAH SEBAGAI CALON PENGACARA TERBAIK NEGERI TER...

My Lb Channel mencalonkan adik Aisyah Amirah Muhamad Salim,12 tahun sebagai salah seorang lagi calon pengacara terbaik negeri Terengganu 2019. Aisyah juga sangat berminat dalam dunia pengacaraan dan bakatnya dapat dilihat dalam penglibatannya sebagai pengacara My Lb Channel..Jom saksikan video pencalonan beliau dan jangan lupa like.

EPISOD 278- MISI MOU PSS AS-SYAFIE DI LUAR NEGARA

Saksikan misi menandatangani Jalinan rakan strategik MOU di luar negara PSS AS- SYAFIE SK BINJAI yang diwakili oleh Cikgu Noor Aizam Mohd Noor, guru SK Binjai.Ikuti imbasan liputan misi ini bersama kru My Lb Channel adik Nur Alia Hqadeeja Zawavi,12, Nur Aisyah Amirah Muhd
Salim,12 dan Nur Dhirar Batriesya Ikran,11 tahun.

Friday 9 August 2019

EPISOD 277- PENCALONAN ALIA SEBAGAI PENGACARA TERBAIK TV PSS TERENGGANU ...

Pencalonan adik Nur Alia Hqadeeja Zawavi,12 tahun kru Tv Pss My Lb Channel SK Binjai sebagai pengacara terbaik negeri Terengganu 2019. Kanak- kanak yang baru berusia 12 tahun ini mempunyai minat yang begitu mendalam dalam dunia pengacaraan walaupun masih di bangku sekolah rendah. Ikuti pengalaman Alia sebagai pengacara dan jangan lupa like sebagai tanda sokongan anda.

Wednesday 7 August 2019

EPISOD 274- KARNIVAL DAKWAH PENGAKAP PERINGKAT KEBANGSAAN 2019

Satu lagi liputan di peringkat kebangsaan oleh team Tv Pss Sk Binjai My Lb Channel. Saksikan imbasan liputan Karnival Dakwah Pengakap Kebangsaan 2019 oleh kru My Lb Channel adik Nur Alia Hqadeeja Zawavi,12 dan Nur Aisyah Amirah Muhd Salim,12 tahun.

Tuesday 6 August 2019

EPISOD 273- PROGRAM SCOUT DAY OUT 2019


Mari kita saksikan salah satu program anjuran PERSEKUTUAN PENGAKAP
MALAYSIA DAERAH KEMAMA..bersama kru My Lb Channel Ahmad Akhtar Iman bin Asmadi,11 tahun.