Pages

Terima Kasih kerana mengunjungi Blog Pss As-Syafie..

Sunday 29 July 2018

#AWANIJr: Meriahnya pelancaran bersama Penerbit AWANI Junior

19 April 2018, SK Binjai telah berjaya mengadakan Majlis Pelancaran
Kelab TV PSS My LB Channel, sudut AWANIJR dan Bengkel Komunikasi
Berkesan. Majlis pelancaran tersebut telah
disempurnakan oleh YM Raja Hisham YM Raja Zaid penerbit Awani Junior,
Astro Awani. Ikuti liputan yang telah diuat oleh adik Nur Aisyah Amirah
Muhamad Salim 11 tahun dan adik Nur
Nadhirah AL-Ashaari Saiful Nizam 11 tahun - kru My LB Channel, TV PSS SK
BINJAI, Kemaman, Terengganu.

#AWANIJr: Kenali atlet memanah Terengganu

Pada 26 Julai 2018- kru My LB Channel TV PSS SK Binjai Kemaman telah
berjaya menemubual salah seorang atlet memanah yang berasal dari
Terengganu dan juga bekas murid SK Binjai Kemaman Terengganu. Nak tahu
siapakah beliau jom ikuti liputan yang telah dibuat oleh adik Wan Nur
Amna Faqihah Wan Muhd Fadillah 11 dan Nur Nadhirah Al-Ashaari Saiful
Nizam 11 kru My LB Channel TV PSS SK Binjai, Kemaman, Terengganu.

AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan
pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti
mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia. 

PROGRAM SAYEMBARA BACA DAN KONGSI -AMNA

Video ini adalah penyertaan murid SK BINJAI dalam pertandingan sayembara
Baca dan kongsi anjuran MAJLIS BUKU KEBANGSAAN MALAYSIA.. MOHON PAKAT
LIKE YE....

Semasa diperkenalkan SK Binjai adalah sekolah pertama dari Kemaman yang menyertai program sayembara baca dan kongsi.

Kenangan SK Binjai Naib Johan e-Buletin Tahun 2017



Tahniah SK Binjai kerana berjaya merangkul Naib Johan dalam pertandingan e-Buletin pada tahun 2017 Anjuran MBKM SKMM.

Monday 23 July 2018

Perasmian An-Nur Magnetic Alteration Centre 2018 (A.M.A.C)


Tarikh : 22 Julai 2018
Tempat : Dataran Perhimpunan SK Binjai

#AWANIJr: Cikgu yang disayangi




15 Julai 2018- SK Binjai telah kehilangan seorang guru iaitu Pn.Ismawati bt Ismail yang telah berkhidmat selama 12 tahun di SK Binjai. Beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SK Pasir Gajah, Kemaman Terengganu. Tahniah dan syabas diucapkan kepada beliau di atas pencapaian beliau sepanjang berkhidmat sebagai guru.Ikuti liputan Majlis Perpisahan beliau yang telah dibuat oleh adik Ainin Sofiyya Azhar 10 tahun dan adik Farihah Azmira Azmi 10 tahun kru My LB Channel, TV PSS SK BINJAI, Kemaman, Terengganu.

Bengkel Kemahiran Berpidato



Bengkel kemahiran berpidato bersama penceramah jemputan Pn Rahimah Binti Embong, pelajar Sarjana Doktor Falsafah Kejuruteraan awam, Universiti Malaysia Pahang. Semoga perkongsian hari ini memberi impak yang besar pada para peserta bengkel. Pss meneruskan misi pencarian bakat berpidato di kalangan murid SK Binjai..Adakah anda orangnya? Jangan lepaskan peluang..

Sunday 22 July 2018

Korobori Pengakap Peringkat Kebangsaan 2018


Pada 6 hingga10 Julai baru-baru ini murid SK Binjai telah menyertai Korobori Pengakap Peringkat Kebangsaan 2018 yang diadakan di Kem Pengakap Tengku Ismail Kuala Nerus, Terengganu. Pelbagai aktiviti disediakan sebagai pengisian kepada program tersebut. Antaranya Aktiviti Mencari Sahabat, Pertandingan Memasak, Mengikat, Aktiviti Lasak, Lawatan Ke Bandar Terengganu,Flying Fox, Abslling dan sebagainya.

Bengkel Murid Tahun 6



Baru-baru ini telah berlangsung bengkel Bahasa Melayu di Bilik Maya sekolah bagi murid tahun 6 Musytari dan 6 Neptun. Semoga murid mendapat ilmu serta dapat memperbaiki kelemahan masing-masing.

SK Binjai Johan Bola Jaring Sekolah Rendah PPKI Gabungan SK Meraga Beris


Tahniah diucapkan kepada murid Ppki SK Binjai kerana menjadi Johan dalam Pertandingan Kejohanan Bola Jaring Ppki Daerah Kemaman yang bertempat di SK Geliga. Pertandingan berlangsung pada 9 Julai 2018.

SK Binjai Naib Johan Bola Tampar Daerah


Tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola Tampar Perempuan SK Binjai kerana berjaya mendapat Naib Johan Daerah.

Tahniah Cikgu Ismawati



Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada Cikgu Ismawati atas pelantikan jawatan baru sebagai PK HEM. Semoga terus sukses di sekolah baru.

Pembentangan TV Pss di Pwtc


Tahniah diucapkan kepada guru Pss Sk Binjai kerana dijemput untuk membuat pembentangan TV Pss di PWTC. Semoga terus sukses.


Lawatan Penanda Aras Musalla

 Lawatan Penanda aras ke Musallah An-Nur dari Sk Felda Kepayang Triang Pahang. Terima kasih kerana melawat Musalla kami.

Sambutan Hari Raya Dan Majlis Kesyukuran ASISS 2018


Suasana sambutan hari raya dan majlis kesyukuran ASISS yang sangat meriah. Saksikan gelagat murid,guru serta semua tetamu yang hadir.