Pages

Terima Kasih kerana mengunjungi Blog Pss As-Syafie..

Tuesday 2 October 2018

VIRAL AMALAN TERBAIK DISIPLIN AMAC SK BINJAI

Program An-Nur Magnetic Alteration Centre (AMAC) telah bermula pada
tahun 2017 sehingga kini. Program ini telah berjaya mengurangkan masalah
salahlaku vandalisme dan memupuk sikap sayangkan sekolah.

#AWANIJr: Amna calon Anugerah TV PSS Terbaik Negeri Terengganu kategori ...

25 September 2018 - Kru My LB Channel berjaya membuat video khas sebagai
syarat penyertaan pencalonan Tv PSS Terbaik Kategori Sekolah Rendah
Negeri Terengganu 2018. Pencalonan ini adalah sempena Anugerah
Pembestarian Sekolah Peringkat Negeri Terengganu 2018. Jom saksikan
rakaman video yang dihasilkan oleh Muhammad Harith Zhafran Abd Hisham
11, Wan Nur Amna Faqihah Wan Muhd Fadillah 11, Nur Nadhirah Al-Ashari
11, Nur Aisyah Amirah Muhd Salim 11, Nur Farihah Azmira Azmi 10, Ahmad
Akhtar Iman Asmadi 10, Ainin Sofiya Azhar 10 dan Dhirar Batriesya Aqila
Ikran 10-kru TV PSS MY LB CHANNEL SK BINJAI TERENGGANU.

AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan
pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti
mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia. 

Episode 222- JARINGAN ANTARA SEKOLAH MENGERATKAN HUBUNGAN


Episode 221- TV PSS SK BINJAI CALON ANUGERAH TV PSS TERBAIK NEGERI TEREN...

Tv PSS My Lb Channel telah ditubuhkan pada Ogos 2016 Dan dirasmikan pada
14 November 2016 oleh YDP PIBG SK BINJAI Tn.Hj Saiful Nizam Ashari. My
Lb Channel terus mengorak langkah maju ke hadapan sehingga berjaya
membuat liputan ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Jutaan terima
kasih kepada Tn.Hj.Akram@Amir Abd. Majid dan team UPSP, BTPNT Terengganu
atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang diberi. Terima kasih juga
kepada PIBG SK BINJAI yang banyak membantu dan menyokong TV PSS SK
BINJAI serta kepada semua pihak yang terlibat samada secara langsung
atau disebalik tabir..